:: Articles ::
PULO merakamkan takziah kepada BRN-C di atas pemergian Hj Ramli Utrasin
Seluruh pimpinan PULO dan ahli-ahlinya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh pimpinan BRN-C dan ahli-ahlinya di atas pemergian salah seorang pimpinan tertinggi BRN-C al-Marhum Haji Ramli Utrasin pada 10 hb. Februari 2010.
Ia merupakan satu kehilangan yang besar kepada perjuangan pembebasan Patani pada keseluruhannya, semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh al-Marhum.
Patah tumbuh hilang berganti, perjuangan diteruskan tiada henti, tiada rehat, tiada penat, tiada rungutan dan keluhan.
Yang ada ialah pengharapan tinggi kepada ganjaran dari Allah Subhanahu Wa Taala, apa pun halangan dan kesukaran ia adalah asam garam perjuangan, undur pantang sekali, cuma langkah perlu diperbaharui.
Yang pergi tetap pergi, yang tinggal menyambung bakti.
Dalam era yang serba cepat, serba canggih dan berteknologi tinggi ini, kita memerlukan pendekatan, cara, kreativiti dan kepakaran yang tinggi untuk menghadapi musuh yang semakin licik menjalankan kegiatan jahatnya dengan menggunakan pelbagai cara dan tipu helah, berdolak dalik, menyembunyikan fakta, menafikan hak dengan bertopengkan demokrasi dan kesejahteraan sejagat.
Hala tuju pengukuhan diri, diplomasi, perdamaian dan pengembalian hak akan menjadi pilihan utama di era ini, dengan tidak menggadaikan perinsip tuntutan dan identiti ummah.
Untuk terus menyambung bakti penyatuan bangsa dan usaha penyelesaian mesti ditingkatkan, yang ada biar sempat merasakan nikmatnya sebelum kita kehilangan ramai dari mereka seorang demi seorang, masa mesti dipendekkan, retorik perlu dikurangkan.
Yang pergi tetap pergi, yang tinggal berpadu tenaga dan menyambung bakti.
(( Umat Bersatu Patani Merdeka))
infopulo
|