:: Articles ::
Babak-babak Kekejaman Penjajah Siam Tiada Kesudahan
Tiga puluh tahun selepas perolehi dan mentadbir Patani secara haram, berikutan perubahan sifat entity imperialis Thai kepada fahaman rasisme yang membawa kepada aksi rampasan kuasa 1932 sebagai dalih untuk mengendalikan negara, mereka juga mewariskan kehidupan liar sampai di bekas sebuah negeri Melayu ini sejak saat itu sampai sekarang.
Daripada mengukuhkan pentadbiran negara mereka yg sedang dalam kegagalan setiap masa, dengan cara kekerasan dan berpola fikiran sempit ala identiti nama baru Thai, mereka tampaknya gemar dan tidak cukup dalam perjalanan mencipta negara mereka ala ‘gangster’ di kawasan mereka sendiri tapi tak henti-henti ikut campur dalam urusan penduduk asal bangsa Melayu di Patani dengan sanggup membazir wang dan sumber daya manusia.
Sebelum meninjau kes pembunuhan kedua ibu dan anak perempuan baru-baru ini yang dikatakan ada kaitan dengan kejadian lama, maka di sini perlu retrospektif insiden bulan Mei 2006 itu, tentang serangan massa terhadap sekolah rendah 'Kucing Lepas' oleh sebahagian besar perempuan berani dan bersemangat yang menyebabkan kematian seorang guru perempuan Bangsa Thai dari utara yang dikenali kemudian sebagai 'Khru Julin'. Semenjak itu semua penduduk kampung 'Kucing Lepas’, dekat Tanjong Mas, Menara, disenarai-hitam secara kolektif oleh penguasa penjajah Thailand dibawah 'Akta Darurat' ciptaan mereka serta dengan surat perintah penangkapan merata-rata.
Kebanyakan laki-laki dan perempuan dari kampung pejuang ini, sama seperti ratusan kampung lain yang dicap sebagai 'Zon Merah' oleh orang Thai, semua berada dalam situasi menunggu masa tertangkap bila-bila saja dan akhirnya pada 15 Februari 2010 tiba juga masa bagi kedua Puan Che Mek Hayae (50) dan putrinya Baldati Labo (25) yang ditembak mati semasa sedang menoreh di kebun getah mereka yang terletak di kaki bukit Moktae, satu kilometer dari kampong mereka. Para pembunuhnya tak lain ialah militia Buddha Thai dari kampong penduduk bangsa Thai tak jauh dari situ, dilihat melewati menhala ke kebun Getah Che Mek sebelum kejadian berlaku. Kelompok militia ini juga berkaitan dengan rangkaian yang sama yang menyerang masjid Al-Furqaan tahun lalu.
Sebelum pembunuhan Che Mek dan anak perempuannya secara kejam, terdapat puluhan penduduk sekampung mereka sudah dibunuh dan beberapa yang lain dipenjarakan kerana kampung ini dikawal ketat oleh anggota keselamatan Thailand dan tetangga militia Thai Buddha mereka. Selepas itu insiden di sekolah tersebut menjadi tumpuan propaganda negatif oleh sebahagian besar media dan penjajah Thai tanpa mendedahkan hakikat sebenar di balik adegan apa yang membuat penduduk kampung mengambil sikap untuk melakukan kebangkitan.
Di sini perlu diketahui juga bahawa sebahagian besar daripada guru sekolah rendah kerajaan luar bandar di kawasan 'Patani di bawah pentadbiran Thailand', (terutama di zaman pemberontakan dan kebangkitan sekarang ini), mereka juga biasanya berfungsi sebagai pembantu masalah-masalah keselamatan kerana mereka dianggap sangat dekat dengan kanak-kanak sekolah yang sering dijadikan informan secara tak langsung buat penjajah Thai untuk memantau atau mengintip kegiatan sehari-hari orang tua mereka. Ini adalah salah satu cara pelanggaran maklumat peribadi masyarakat tempatan disalahgunakan oleh anggota berkuasa Thai.
Maka 'Khru Julin' adalah salah satunya dan diarah oleh aparat keselamatan Thai maka sering membuat lukisan berbagai jenis senjata di papan atau menunjukkan foto-foto senjata api di kelas belajar dan menanyakan murid-muridnya beberapa soalan bodoh seperti 'Siapa yang sudah pernah melihat ini foto atau mengetahui di mana mereka disimpan, angkat tangan! Maka tatkala sedang melapor kegiatan sekolah di rumah kepada ibu bapa mereka masing-masing, kanak-kanak juga memberitahu kisah lukisan 'khru Julin' ini. Inilah hakikat sebenarnya. Kegiatan Khru Julin pun direkod penduduk dari masa ke semasa dan dicap sebagai mata-mata. Hasilnya pihak keselamatan penjajah Thai pun semakin kerap kali membuat operasi yangmana lelaki dan wanita ditangkap satu per satu. Maka penduduk kampung semakin yakin mempercayai di bawaha gara-gara 'khru Julin' lah menyebabkan beberapa orang penduduk kampung tertangkap. Walaupun tindakan yang dilakukan ke atas Khru Julin itu sendiri memang tidak pantas, tetapi pelakon utama di sebalik semua senario ini tidak diragukan lagi bahawa aparat negara Thailand lah yang mesti bertanggung jawab sepenuhnya.
Banyak lagi perbuatan kejam terbaru yang menunjukkan angkohnya negara Thailand serta tak bertanggungjawab atas apa perbuatan-perbuatannya, terutama bagi pihak Timbalan Perdana Menteri (Suthep Theuaksuban) yang bertanggongjawab urusan keselamatan, juga gagal bertindak dan sengaja membiarkan seperti kes yang berlaku di daerah Penarek, Patani di mana skuad polis motorsikal menembak ke arah pelajar di salah sebuah sekolah agama semasa mereka sedang makan malam selepas pengajian di restoran depan sekolah mereka pada bulan November 2009 yang menyebabkan dua orang terbunuh dan empat lagi mengalami cedera parah. Para saksi mengatakan tindakan ini adalah balasan insiden berasingan lain yang berlaku di lima kilometer 'jauhnya dari situ yangmana ketua mereka berpngkat Pol Senior Sgt. ditembak dan cedera parah beberapa jam sebelumnya. Apa kesalahan para pelajar dan mengapa aparat keselamatan dan ranjer juga sebahagian besar militia Buddha suka mengakhiri dengan balas dendam dengan mengorbankan penduduk Melayu yang tidak bersalah?
Apalagi, terdapat di kalangan sekitar lima ratus tahanan, beberapa orang yang tak bersalah juga ditangkap dan dikenakan di bawah 'UU Darurat' ciptaan mereka. Sekurang-kurangnya 10% dari yang ditangkap dengan menggunakan alat pengesan bom GT200 yang kontroversial dan sudah isytihar resmi sebagai alat yang tak ada kesan, ada juga di antara mangsanya adalah pelajar dan orang awam, juga tidak luput oleh para penjajah Thai yang selalu dahagakan perang. Mereka yang hilang kebebasan dan waktu tidak pernah ada pampasan, apalagi minta maaf, terutama untuk kes menangkapan Imam Ja'afar juga melalui peralatan GT200 yang tidak berkesan itu, diseksa sampai mati di sebuah kem tentera di daerah Rueso, Menara tetapi ini dinafi oleh Jeneral Anupong, ketua Angkatan Darat yang masih berkeras untuk meneruskan menggunakan alat GT200 yang tidak berkesan itu, artinya dia masih tertarik pada mengekalkan sifat kekerasan ala Thai biar berterusan.
Sementara keadaan kekerasan masih tegang, ada saja opportunis 'double-standard' dari kalangan aparat negara Thailand sendiri untuk memesong perhatian ke bidang pembangunan dari arah cara berfikir yang sedang menuju kepada penentuan nasib sendiri di Patani dalam berbagai bentuk, En. Taworn Timbalan Menteri Dalam Negeri masih juga meneruskan projek-projek pembangunan yang berharga setengah bilion bhat dalam waktu yang tidak tepat supaya berlawanan dengan matlamat penyelesaian masalah yang berkekalan yang sedang bergolak di suatu pihak. Dan lebih parah lagi, En. Kasit, Menteri Luar Negerinya pula, terus-menerus membawa para diplomat asing melawat sebuah kampung contoh di daerah Yaring, Patani pada 20 Februari 2010 lalu, kedua kali ke tempat yang sama. Ini semata-mata untuk mengabaikan fakta bahawa negaranya sebagai pelanggar hak asasi manusia ke 9 di dunia yang punya urusan dalam negara yang kacau bilau dan tidak stabil itu sebenarnya yang patut diperbaiki terlebih dahulu. Dengan demikian, kenapa tidak beliau menjelajah atau tampil di daerah-daerah pergolakkan seperti Rangae di Menara atau daerah Yaha di Yala? Seandainya beliau betul-betul ingin memperlihatkan situasi umum kepada dunia bahawa tanah jajahan mereka semakin aman.
Oleh kerana negeri Patani pernah hidup secara kesejahteraan dan aman damai, ia sama sekali tidak sepatutnya atau layak diperlaku kejam yang tak berperikemanusiaan oleh puak ‘gangster’ rasist Thai.
infopulo
|