Statements & Announcements

Multimedia

News

English

Malay

ไทย

Arabic


Articles

UNTUK TUJUAN APA PERLANTIKAN 9 ORANG PENASIHAT MELAYU? - 23/02/2013
Jabatan Perdana Menteri Thailand (JPMT) telah melantik 9 orang Melayu dari kumpulan Wahdah sebagai penasihat bagi Timbalan Perdana Menteri Chalerm Yubamrung berkuatkuasa pada 19 Februari 2013, mereka ditugaskan untuk memberi khidmat nasihat, mengemukakan pendapat dan cadangan kepada TPM dalam melaksanakan polisi kerajaan bagi menyekat tuntutan dan hak orang Melayu Patani dari menjadi kenyataan, mereka adalah terdiri dari mantan-mantan wakil rakyat, menteri dan juga mantan pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah.
 
Penyelesaian Lestari Untuk Patani (Siri 1) - 03/02/2013
Isu mencari penyelesaian di Patani sudah mulai menampakan cahayanya walaupun ia masih samar-samar di hujung terowong yang panjang dan gelap gelita. Banyak pihak telah mengemukan pelbagai model dan cadangan penyelesaian, tapi sayangnya ia satu pun bukan dari Gerakan Pembebasan Patani (GPP).
 
Kutukan Terhadap Pembunuhan Guru - 25/01/2013
Pulo mengutuk sekeras-sekerasnya terhadap pembunuhan seorang guru yang bernama Cholthi Cheron Chon 51tahun di depan 292 orang murid dan 15 orang guru di kantin sekolah Kampung Tanjung, Bachok, Menara pada Rabu 23 Januari 2013 lepas.
 
Keganasan melahirkan keganasan di Selatan yang bergolak - 21/12/2012
Dengan membaranya api pemberontakan di Selatan, pembunuhan dan tindak-balas oleh kedua belah pihak semakin menjadi dan telah menjunamkan rantau ini ke dalam kancah keganasan pembunuhan dan membalas dendam yang tidak berkesudahan.
 
Thailand disaran terus dialog dengan pemisah - 13/12/2012
Bangkok: Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) semalam menggesa Thailand mewujudkan mekanisma berkecuali untuk berdialog dengan pemisah Islam Melayu termasuk mengambil tokoh dalam dan luar kerajaan.
 
Thailand minta bantuan Malaysia - 24/11/2012
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Thailand telah meminta bantuan Malaysia untuk menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara tersebut.
 
Tenang Menempuhi dan Mengharungi Provokasi - 01/11/2012
Kalau kita melihat kerajaan Thailand di hari-hari kebelakangan ini dengan segala kekuatan yang ada; politiknya, tenteranya diplomasinya dan lain-lain lagi, mereka cukup ketandusan dan kehabisan idea dalam menentukan cara yang paling menguntungkanya bagi mengatasi pergolakan yang bernyala kencang di Patani Darussalam yang dijajah oleh mereka beratus tahun itu.
 
Bom Restoran Teluban Adalah Kerja Penjajah Thai /Teluban Restaurant Bombing is the work of Thai authorities/มือขว้างระเบิดใส่ร้านโต้รุ่งสายบุรีเป็นฝ่ายรัฐไทย - 28/10/2012
PULO menerima laporan terkini bahawa pelontar bom ke atas restoran larut malam di Teluban, Wilayah Patani, pada jam pukul 9.45, 27hb Oktober 2012, adalah kerja pihak yang berkaitan dengan penjajah Thai. Jinayah terhadap orang awam kali ini adalah sejajar dengan polisi baru pihak Askar Bagian 4, yang berkuasa penuh selain ke atas askar jagaannya, juga Polis dan kakitangan awam penjajah Thai yang dikenali sebagai 'Pusat Pentadbiran Penjajahan Thai di Wilayah Kawasan Patani', kerana akhir-akhir ini mereka gagal menuding jari kepada pihak pejuang tentang ugutan melarang berniaga pada hari Jumaat dan kemaraan operasi pejuang pembebasan Patani terhadap kekuatan pejjajah Thai semakin hari semakin meningkat.
 
Di Mana Letaknya Kejujuran Dan Kemuliaan Negara Thai Berbanding Dengan Negara Filipina? - 16/10/2012
Kedegilan dan keankohan bukan sahaja sifat anggota keselamatan Thai, bahkan kuncu-kuncunya dari sayap politik, salah seorangnya pernah menjabat sebagai jurucakap dalam kerajaan Aphisit yang berakhir setelah pilihan raya 3hb Julai 2011, pun sengaja memberi fakta tak betul bahawa perjuangan bersenjata oleh para pejuang Patani baru berusia hanya 9 tahun, sedangkan gerakan pembebasan MORO sejak 1970 lagi. Dr Panithan Watthanayakorn menegas secara tak berasas demikian dalam sebuah akhbar tempatan pada 11hb Oktober 2012.
 
PULO bagi tamparan hibat - 30/09/2012
Tahniah kita ucapkan kepada pejuang pejuang Pembebasan Patani yang mengambil sikap berani, matang dan keterbukaan didalam menterjumahkan pendirian mereka dengan memasangkan bendera PULO didalam siri pengeboman yang mutakhir ini maka sekaligus ini memberikan jawaban kepada beberapa persoalan serta juga memberi satu tamparan hibat kepada pihak kerajaan Thailand secara umum dan kepada pengkritik pengkritiknya dari luar dan dalam yang mana selalu mengangapkan PULO adalah satu pertubuhan yang suka melaun di luar saja dengan mengambil kesempatan mengguna modal modal orang lain dan tidak ada sedikit pun sokongan dan kekuatan di lapangan bahkan terdiri dari beberapa kerat individu saja.
 
Nota Taklimat tentang Proses Dialog - 08/09/2012
Sebagai menjawab soalan tentang 'Proses Dialog' yang ditanyakan oleh wartawan-wartawan terkemuka, kami gembira untuk mengumumkan taklimat awam seperti berikut:
 
Patani atau Selatan Thailand.? - 06/06/2012
Perjuangan orang Melayu Islam Patani nampaknya masih lagi jauh untuk mencapai kejayaan dan penyelesaian disebabkan ketidaktentuan dan kenal pasti masalah sebenar tentang permasalahan Patani. Secara jujurnya sesuatu masalah akan ada jalan penyelesaian jika permasalahan itu betul-betul dapat dikenal pasti. Walaupun banyak kajian telah dibuat terhadap konflik di Patani oleh beberapa pemerhati dalam dan antara bangsa dan hasilnya konflik Patani adalah salah satu kawasan konflik yang paling berdarah dan paling panas di muka bumi ini – This conflicks is one of the hot spots in the worlds; AP Sri Sompop.
 
[1] 2 3 4 5 6 7 8 
© 2006 - 2011 PULO. All rights reserved.