Statements & Announcements

Multimedia

News

English

Malay

ไทย

Arabic


Articles

Pejuang Pembebasan Bukan Pengganas - 08/02/2011

Berhubung dengan kejadian tembak sasaran yang tidak munasabah, iaitu sasaran selain keselamatan Thai atau talibarut kerajaan Thai yang menyebabkan kehilangan jiwa rakyat biasa, kami ingin menjelaskan di sini bahawa perkara seperti itu bukan agenda dan tindakan dari pejung pembebasan Patani.

Perjuangan kami dan pengorbanan kami adalah semata-mata untuk mempertahankan Bangsa Melayu Patani, yang selalunya ia diputar belit oleh Penjajah Siam di mana kami sentiasa berpegang kepada prinsip perikemanusian selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Kami ingin mengatakan bahawa masyarakat perlu berhati-hati, kerana kebiasaannya maklumat dan propaganda yang dibuat  oleh kerajaan Thai biasanya meletakan segala kejahatan keatas para pejuang, contohnya yang selalu berlaku apabila mereka gagal menangkap saspek kejadian tetentu mereka akan menangkap sesiapa sahaja sebagai mangsa yang bertujuan hanya untuk membuat laporan kepada pihak atasan mereka, untuk mengambil hati dan membuat reputasi murahan, yang menjadi mangsa ialah orang awam yang tidak tahu menahu, inilah yang selalu berlaku.

Sekiranya pihak mereka sendiri yang melakukan angkara yang tidak berperikemanusiaan itu walaupun sudah disahkan oleh berbagai pihak ia tetap tidak pernah mengecam dan mengaku perbutan tersebut dan tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap pelaku yang sudah dikenal pasti oleh semua orang, kerana mereka sentiasa bersikap bahawa mereka sentiasa berada di pihak yang betul, sikap biadap macam ini sudah menjadi makan minum dan darah daging mereka.

Maka anda mesti bijak menilai, kejadian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang kemungkinan dilakukan oleh tangan-tangan mereka sendiri untuk kepentingan pegawai-pegawai tertentu mereka itulah pengganas sebenarnya.

Kenytaan ini dibuat untuk pengtahuan semua, sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan kami bersedia untuk memberi kerja sama sepenuhnya.

 

 

© 2006 - 2011 PULO. All rights reserved.