|
KUTUKAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP PEMBUNUHAN ORANG AWAM YANG TIDAK BERDOSA - 31/01/2012
Satu serangan kejam yang tidak berperikemanusian dan tidak beretika yang telah dilakukan oleh satu pasukan tentera ranger Thai dengan kerjasama pasukan pengawal keselamatan, pada 29 Januari 2012 di kampung Keranji, pulut Puyuh Nongchik, Patani, terhadap sebuah kenderaan pikup yang membawa 9 orang awam Melayu patani yang tidak berdosa, mereka dalam perjalan ke kampung berdekatan untuk upacara sembahyang mayat, mereka adalah penduduk kampung tersebut yang berumur antara 15-74 tahun, , sehingga menyebabkan 4 orang dari mereka terkorban, 4 orang cedera parah dan seorang (pemandu) yang sempat menyelamatkan diri, dengan alasan mereka semua adalah pejuang-pejuang Patani yang melarikan diri dengan menggunakan pikup tersebut setelah satu post ranger 4302 yang terletak 2 km dari tempat kejdian telah diserang hendap oleh satu pasukan pejuang yang menyebebkan seorang dari pasukan rangers cedera. Dalam keadaan panic seperti ini sebuah pikup yang membawa 9 orang awam tersebut menjadi mangsa serangan balas yang membabi-buta dan tidak beretika itu, bukan setakat itu, mereka juga dituduh secara rasmi membawa sebilangan besar senjata dalam kenderaan tersebbut untuk menghalalkan perbutan kejam mereka. Maka dengan ini Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (Pulo) yang memperjuangakan untuk kemerdekaan Patani, mengutuk sekeras-kerasnya perbutan biadap ini, yang sengaja dirancang untuk mengeruh lagi keadaan sedia ada yang akan menyemarakan lagi bibit-bibit kebencian yang sedia ada hasil dari penjajahan dan kekejaman ratusan tahun terhadap bumi Patani, ia akan menjejaskan begitu teruk terhadap impian pelaksanaan komuniti ekonomi Asian 2015, jauh sekali untuk mencari penyelesaian di bumi Patani, yang menjadi asas kepada segala kemungkinan terlaksananya KEA 2015. Pandai buat masalah, pandai-pandailah mencari penyelesaiannya sendiri, nyawa rakyat Patani bukan boleh dibeli dengan wang dan pampasan, yang sudah menjadi satu trend kerajaan Thai, setelah membunuh dan selepas itu membayar pampasan wang. Adakah darah orang Melayu Patani begitu murah dan hina boleh dijual-beli dengan wang dan tipu helah?. |