Statements & Announcements

Multimedia

News

English

Malay

ไทย

Arabic


Articles

Kita Tidak Minta Dan Tidak Juga Menolak Perundingan - 23/03/2012

Dalam suasana gejala siri penindasan, kekejaman dan kezaliman masih terus menimpa ke atas umat Melayu Patani, maka mana-mana kuasa di dunia tak akan membantah tentang adanya tindak-balas asalkan mengikut norma sejagat antara bangsa. Namun demikian, sebagai umat yang cintakan kedamaian seperti bangsa-bangsa lain, Patani juga tidak menolak perundingan ke arah kedamaian yang berkekalan, jika pihak Thai dengan ikhlas ingin juga berbuat demikian.

Semenjak dari suku pertama tahun 2012 ini saja, umat Melayu Islam Patani sudahpun menyaksi berbagai gejala-gejala di atas seperti membubuh secara kejam yang tak berperi kemanusiaan terhadap orang awam yang tak berdoasa, merogol gadis di bawah umur, sedang kes-kes seperti ini di dalam siasatan, timbul juga penyiksaan terhadap pemuda yang disyaki subversif oleh aparat keamanan Thai yang dinamakan ranger atau dalam bahasa Thainya 'Tahan Pran'. Bagaimana umat Melayu Patani akan boleh menjalani kehidupan damai mereka seharai-sehari, berbulan-bulan seterusnya sampai akhir tahun ini? Sepertimana kekejaman yang dilakukan oleh aparat keamanan Thai terhadap umat di bawah jajahannya, yang mereka melaung-laung di merata dunia bahawa mereka akan menjamin hak asasi manusia di Patani darussalam, di tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya dan betulkah seperti janji Mejar Gen. Udomchai, ketua askar bagian 4 yang berkata kemarin (21-03-2012) bahawa kes-kes seperti ini tak akan berlaku lagi? hampir Mustahil!


Untuk pengetahuan dunia dan khasnya masyarakat Thai sendiri jika betul mereka juga cintakan kedamaian, cara kekejaman di Patani pun sudah berakhir segera setelah ia dikuasai oleh moral Islam berabad-abad lamanya. Malah sejak Siam berpusat di Ayutthaya lagi, Patani sudah menamakan dirinya sebagai 'Patani Darussalam' iaitu sebuah negeri aman damai  di kala Siam sendiri sudah bersikap angkuh memerangi siapa saja sewenang-wenangnya dari dulu sampai sekarang. Kekejaman biasanya dilakukan oleh kelompak yang tak beragama (atheist), tetapi majoriti Thailand dewasa ini dikenali dengan penganut agama Buza, suatu pengangan yang mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih tetapi hakikat sebenar apa yang dilakukan mereka terhadap umat Melayu Islam adalah sangat jauh dari realitinya. 


Kenapa orang Siam gagal menyekat sifat keangkuhan yang merbahaya baik terhadap sesama mereka sendiri, apatah lagi terhadap umat Melayu Patani, adalah tanda tanya yang jawapannya adalah pada hakikatnya Thailand sekarang ini adalah suatu negara fasyal (failed state) yang buktinya pergolakkan yang berlaku terhadap bansanya sendiri dan perilaku mereka terhadap umat Melayu Patani adalah jelas bercanggah dengan norma-norma perikemanisiaan sejagat. 


Sezalim Yahudi yang dikutuk oleh umat Islam seruruh dunia tentang perilakunya terhadap bangsa Palestin, masih membuka ruang bagi Arab Palestin mengelula bahasa dan budayanya sendiri, bahkan jalan bagi orang Palestin menentu nasib mereka sendiri juga terbuka. Tetapi di Thailand semua ini gelap jelita. Gara-gara huru hara yang berlaku terhadap bangsanya sendiri dan kemerusutan moral, Thailand jadikan umat Melayu Patani sebagai mangsanya. Dengan haknya sebagai anggota PBB, anggota pemerhati OIC, sebagai angotan ASEAN terkemuka dan beberapa pertubuhan antara bangsa, di sebaliknya Thailand menyamar dan melindungi kebiadabannya terhadap Patani Darussalam di kalangan mata dunia.


Sifatnya yang angkoh lagi non-rasional inilah yang membuat sesetengah negara atau NGO lebih gemar mendekati pihak Patani daripada kerajaan Thai dalam hal mencari jalan menghentikan keganasan dan kekerasan kerana umat Melayu Patani sekarang ini masih menginginkan menikmati kedamaian sepertimana yang telah ditanam oleh nenek moyang mereka tatkala mereka masih punya negera berdaulat jauh sebelum penyerbuan bangsa Thai ke atasnya kurun temurun.


Maka pihak yang patut dituding jari yang enggan berkerjasama dalam hal mencari kedamaian yang berkekalan adalah Thailand, apalagi apa-apa bentuk penyelesaian, bukan seperti yang selalu dibisikan tetapi apa saja yang boleh diterima oleh semua pihak.


Jika Thailand masih berpendirian demekian, rakyat Patani tak dapat tidak, mestilah terus menetang kezaliman Thailand sampai bila-bila masa.             
© 2006 - 2011 PULO. All rights reserved.