Statements & Announcements

Multimedia

News

English

Malay

ไทย

Arabic


Articles

Patani atau Selatan Thailand.? - 06/06/2012

Perjuangan orang Melayu Islam Patani nampaknya masih lagi jauh untuk mencapai kejayaan dan penyelesaian disebabkan ketidaktentuan dan kenal pasti masalah sebenar tentang permasalahan Patani. Secara jujurnya sesuatu masalah akan ada jalan penyelesaian jika permasalahan itu betul-betul dapat dikenal pasti. Walaupun banyak kajian telah dibuat terhadap konflik di Patani oleh beberapa pemerhati dalam dan antara bangsa dan hasilnya konflik Patani adalah salah satu kawasan konflik yang paling berdarah dan paling panas di muka bumi ini – This conflicks is one of the hot spots in the worlds; AP Sri Sompop.

Orang Melayu Patani telah berjuang untuk membebaskan bumi Patani sejak dari hari pertama Patani dijajah oleh Siam(Thailand). Raja-Raja Melayu Patani, dan para ulama Patani tidak pernah tandatangan menyerah Patani kepada Siam. Perjanjian Anglo-Siam yang termerterai pada 10-3-1909  antara kerajaan British dan Siam(Thailand) juga tidak ada kaitan dan tidak ada penglibatan orang-orang Melayu Patani. Pada perjanjian inilah Siam(Thailand) talah mengambil kesempatan untuk mengisytiharkan wilayah-wilayah Patani adalah sebahagian dari wilayah-wilayah(changwat) Siam (Thailand) hingga mkehari ini.

Maka di sini jika kita kaji dan rujuk kepada sejarah Patani bahawa orang Melayu Patani tidak pernah mengiktiraf penjajahan Siam terhadapnya dan tidak ada tandatangan penyerahan Patani kepada Siam oleh mana-mana Raja Patani. Maka jelaslah bahawa perjuangan pembebasan Patani yang sedang digerakan oleh gerakan pembebasan Patani dan orang-orang Melayu Patani pada hari ini mempunyai hak mengikut norma-norma (undang-undang) antara bangsa dan dituntut oleh syariat Islam. Perjuangan pembebasan Patani tidak ada kaitan dengan perjuangan pemisah Selatan Thailand Dengan kata lain orang Melayu Patani tidak pernah berjuang untuk memisahkan Selatan Thailand dari pemerintahan kerajaan Thailand.

Banyak perkara yang mengelirukan  samada sengaja dikelirukan atau akur dengan kehendak Siam(Thailand) dalam memperkatakan perkara sebenar tentang perjuangan Patani, sahingga tidak sanggup memperakukan dan saolah-olah keras lidah untuk mengguna kalimah dan nama yang betul iaitu “Masalah Patani atau Patani Darussalam”. Saolah-olah Patani tidak mempunyai sejarah langsung. Banyak juga penulisan diakhbar-akhbar tentang perjuangan ini yang diwarwarkan oleh mereka adalah perjuangan pembebasan tiga(3) wilayah Selatan Thailand dan tiga(3) daerah dari Songgora (Songkla), atau perjuangan pemisah tiga(3) wilayah Selatan Thailand.

Yang manakah betul: Perjuangan Pemisah Selatan Thailand atau Perjuangan Pembebasan Patani?

Kembali kepada realiti yang ada dilapangan dan dikawasan Patani pada hari ini. Apakah Gerakan yang sedang memperjuangakan di Patani samada yang aktif atau sudah tidak aktif  yang anda semua dengar dan tahu dan yang ada kaitan dengan pergolakan di Patani, Adakah Gerakan Pembebasan Patani atau Gerakan Pemisah Selatan Thailand? 

Nama-nama gerakan yang telah wujud di Patani seperti berikut:

1-      GEMPAR : Gerakan Melayu Patani Raya.

2-      BNPP (BIPP): Barisan Nasional Pembebasan Patani, sekarang Barisan Islam Pembebasan Patani

3-      BRN (BRN-C dan BRN-K): Barisan Revolusi Nasional ( C= Cordinasi, K= Konggres)

4-      PULO : Patani United Leberation Organisation

Kesemua gerakan ini ada tercatat kalimah Patani dan nasional (kebangsaan) Patani. Berarti tidak ada satu kelompok atau gerakan yang ada di Patani memperjuangkan untuk memisahkan Selatan Thailand.

Apa beza antara Selatan Thailand dan Patani?

Sebagaimana yang telah dijelaskan diatas, bahawa tidak ada Raja-Raja Patani yang telah memperakukan penaklukan Siam (Thailand ) terhadap Patani. Perjanjian Anglo-Siam 1909 adalah menjadi asas kepada kerajaan Siam(Thailand) untuk memperakui wilayah-wilayah Patani adalah sebahgian dari wilayah-wilayahnya, tetapi perjanjian ini tidak pernah melibatkan Raja-Raja Melayu Patani dan orang Melayu Patani dengan secara langsung atau tidak langsung,( rujuk kepada fakta perjanjian ini). Maka disini jelaslah bahawa orang Melayu Patani dan bumi Patani mempunyai hak untuk dibebaskan dari penjajahan Thailand, bukan berjuang untuk memisahkan  Selatan Thailand.

Perjuangan untuk memisah Selatan Thaialand adalah satu perjuangan yang tidak dibenarkan oleh norma(undang-undang) antara bangsa dan bertentangan dengan ajaran Islam. Gerakan  ini boleh di katigorikan sebagai gerakan pengganas, kerana ia melanggar perlembagaan Thailand(artikel no1,sila rujuk kepada perlemabagaan Thailand). Ia juga salah jika ada gerakan pembebasan pemisah kerana Thailand pada hari ini mengamal system demokrasi berparlimen yang memberi ruang kepada semua warganegaranya untuk menyertai dalam system pemerintahan Thailand. Kalau di selatan Thailand pada hari ini SBPAC(Southern Border Provinces Administrative Centre) atau (Sor Or Bo Tor dalam bahasa Thai) telah ditubuhkan untuk mebangun di lima wilayah selatan Thailand. Perjuangan untuk memisah Selatan Thailand tidak munkin akan mencapai kejayaan sama sekali kerana tidak munkin kerajaan Thailand membenarkan buminya dipisahkan walau sainci sekalipun,tambahan pula perjuangan ini adalah bertentangan dengan norma antara bangsa. Tetapi perjuangan pembebasan Patani, yang sedang diperjuangakan oleh orang Melayu Patani dan gerakan pembebasan Patani pada hari ini adalah perjuangan yang mempunyai hak mengikut norma antara bangsa dan dituntut oleh hukum syariat Islam, dan akan ada jalan dan cara penyelesaiannya.

Pulo dengan jelas dalam difinisi perjuangannya bahawa: PULO ditubuhkan untuk memperjuangkan dan membebaskan bumi Patani dan semua tanah Melayu yang di jajah oleh Siam (Thailand). Maka disini jauh sekali kalau nak dikaitkan perjuangan PULO hanya untuk membebaskan (3) tiga wilayah sahaja. Kerana dalam objektif utama perjuangan PULO adalah jelas untuk memebaskan bumi Patani dan kesemua tanah Melayu yang di jajah oleh Siam (Thailand) di semenanjung tanah Melayu.

Maka dalam mencari penyelesaian di Patani semua pihak perlu jelas dengan permasalahanya, mustahil boleh menyelesai masalah tanpa betul-betul arif dan kenal sesuatu masalah serta memperakui masalah itu:

1-       Konflik Patani bukan konflik Selatan Thailand,

2-      Selatan Thailand adalah sebahagian dari bumi Siam(Thailand) yang tidak boleh dipisahkan mengikut perlembagaan Thailand.

3-      Patani adalah sebuah negara Melayu yang pernah berdaulat dan dijajah oleh Siam (Thialand).

4-      Perjuangan Patani adalah perjuangan untuk membebaskan bumi Patani dan semua tanah Melayu yang dijajah oleh Siam(Thailand) di semenanjung tanah Melayu

Maka jelaslah bahawa pergolakan di Patani yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa dan menjadi salah satu tempat pergolakan yang paling panas didunia pada hari ini adalah Masalah bumi Patani yang di jajah oleh Siam (Thailand) bukan masalah Selatan Thailand. Maka nama masalah ini adalah “ MASALAH PATANI ATAU PATANI DARUSSALAM “ yang perlu diselesaikan bukan masalah Selatan Thailand yang tak munkin ada jalan penyelesaianya.

 

 puloinfo

© 2006 - 2011 PULO. All rights reserved.