Statements & Announcements

Multimedia

News

English

Malay

ไทย

Arabic


22/01/2012
(Teks Ucapan Penuh Presiden Pulo Sempena memperingati 44 Tahun Penubuhan Pulo 2012)
 
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، الحمد لله ربِّ العالمين والعاقِبَةُ لِلمُتَّقين، ولا عُدْوانَ إلا على الظَّالمين والصلاةُ والسَّلامُ على أشرفِ الأنبياءِ والمرسَلين، نبيِّنا محمدٍ صلى الله عليه وسلَّم وبعد:. قال الله سبحانه وتعالى: (وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً) (البقرة: الآية:143)
Hari ini 22 haribulan Januari 2012, genaplah sudah 44 tahun penubuhan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (Pulo) yang ditubuhkan pada 22 Januari 1968 di bumi Arafah, ia ditubuhkan bertujuan untuk mendapat kebebasan Patani dengan mengembalikan sistem pemerintahan Melayu Islam Patani dari belenggu penjajahan Siam yang hingga sekarang sudah berlarutan selama 103 tahun setelah ia kehilangan sepenuhnya apabila Patani diserahkan oleh penjajah Inggeris kepada Siam melalui perjanjian Anglo-Siam pada 10 Mac 1909, tanpa kerelaan dan persetujuan dari rakyat Melayu Islam Patani yang mempunyai hak sepenuhnya keatas Patani dari dulu hingga sekarang.

2012 merupakan era baru kepada perjuangan Pulo yang telah melalui pahit-maung dan susah payah dalam mengharungi liku-liku perjuangannya, namun begitu al-hamdulillah, banyak rintangan, kesukaran dan halangan telah dapat dilalui dengan penuh jayanya, banyak pihak dan individu yang bersimpati telah membantu dan mendokongnya secara langsung atau tidak langsung bagi merealisasikan hasrat Pulo untuk mencari penyelesaian yang adil, menyeluruh dan berkekalan di bumi Patani, kearah mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di Patani yang sudah semestinya akan menjadi asas kepada keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran serantau iaitu dengan mengembalikan hak kepada rakyat Patani yang ditindas semenjak ratusan tahun yang lalu. Terima kasih kepada anda semua.

Saudara-saudari ahli-ahli Pulo sekelian yang berada di Patani, di medan tempur dan di seluruh pelusuk dunia!: Kita semua hendaklah senantiasa beristiqomah, patuh dan setia dalam menjalankn tugas yang dipertanggongjawabkan kepada masing-masing dan sentiasa bersiap sedia untuk melengkapi diri bagi mengharungi era baru ini dengan mengukuhkan kedudukan masing-masing bagi melaksanakan tugas pertubuhan yang berstrategikan perintah suci kewajipan mempersiapkan diri dan kekuatan: (وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ ), persiapan kekuatan yang diharapkan hendaklah berlaku mengikut norma-norma dan garis panduan yang dibenarkan oleh Islam selaras dengan norma-norma sejagat yang boleh menggerunkan dan menundukan musuh Allah dan musuh kamu semua.   Pulo akan menggunakan segala kekuatan yang ada dalam pelbagai bentuk dan cara yang boleh dicapai dan dimanfaatkan pada masa dan tempat yang sesuai, ini semua untuk mengembalikan hak Rakyat Melayu Islam Patani, ia menjadi asas kepada tuntutan dan tindakan perjuangan Pulo.

Semua ahli Pulo yang setia pada perjuangan Pembebasan Patani, sanggup berkorban jiwa dan raga, rela menitiskan darah dan mengalirkan air mata, kalau itu hanya satu-satunya cara sahaja yang diperlukan untuk mencari penyelesaian yang dikehendaki, tapi kalau masalah Patani boleh diselesaika tanpa setitis darah dan air mata, maka itulah yang menjadi pilihan utama dan ia adalah menjadi idaman sebenar perjuangan Pulo masa kini untuk mencari penyelesaian secepat yang mungkin, dengan satu syarat ia boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat dalam masalah Patani, dengan kata lain, penyelesaian juga boleh berlaku secara politik dan diplomasi, jauh dari kekerasan dan pengaliran darah dan air mata, ini bukan bererti kita akan menggadaikan hak Rakyat Patani, ini bukan bererti kita mesti meletakkan senjata… tidak sama sekali tidak… dan tidak, tetapi  Pulo memilih satu cara yang boleh memungkinkan Patani dipulangkan haknya peringkat demi peringkat, yang berestrategikan kepada salah satu kaedah terpenting dalam usululfiqh (ما لا يَتِمُّ الواجبُ إلاَّ بِه فَهُو واجِب) ertinya: Apa-apa perkara yang hanya dengannya boleh terlaksana perkara wajib, maka perkara tersebut adalah tergolong dalam perkara yang wajib juga.

Tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati sekelian!
Pulo memilih tema “Al-Wasotiyyah Kunci Penyelesaian Isu Patani” bagi memperingati penubuhan Pulo yang ke-44 ini, berdasarkan sepotong ayat suci al-Quran al-Karim dalam surah al-Baqorah ayat 143 yang berbnyi:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم:
(وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً)
Maksudnya: Dan demikianlah (pula) kami telah menjadikan kamu semua (umat Islam) umat pertengahan (yang adil dan pilihan), supaya kamu semua menjadi saksi atas sekelian manusia dan rasul (Muhammad) menjadi saksi keatas (perbuatan) kamu semua (di dunia dan di akhirat).

Al-wasotiyyah adalah menjadi konsep, pendekatan dan strategi tindakan Pulo dalam menjalankan semua tidak-tanduknya pada masa kini, yang boleh dianggapkan sebagai era baru dalam perjuangannya, pendekatan yang lebih menyeluruh, dapat menepati kehendak sejagat dan kehendak semasa, ini semua bagi memastikan segala strategi yang dirancang dapat mencapai objektifnya, ia bersumberkan ajaran Islam yang suci, sebagaimana yang diperdetailkan oleh tokoh ulama Islam masa kini, iaitu Dr. Yusof al-Qardhawiy dalam bukunya (al-Khasois al-Aamah lil-Islam), al-Wasotiyyah menjadi lambing keunggulan umat Islam.

Al-wasotiyyah yang juga boleh membawa maksud: keadilan dan keseimbangan yang menjadi teras kepada tuntutan Pulo, iatu dengan memberi hak yang sepatutnya kepada ampunyanya yang sebenar dan berhak, yang boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat yang akan melahirkan nanti keseimbangan hidup dan keharmonian yang berkekalan.

Al-wasotiyyah yang juga boleh membawa maksud: istiqomah dalam dasar dan tindakan yang sentiasa berada di kedudukan tengah, jauh dari penyimpangan yang memudaratkan dan menzalimi hak orang dan pihak lain. Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memohon kepada Allah Subnahu wa Taala sekurang-kurang 17 kali setiap hari (اهدنا الصراط المستقيم), pagi dan petang, siang dan malam dalam solatnya yang terdiri dari 17 rakaat setiap 24 jamو supaya mereka diberi petunjuk untuk mendapat istiqomah dalam kehidupannya. Pulo akan sentias berhati-hati supaya ia tidak terpisung dan tidak terkeluar dari garis pertengahan beristikomah yang boleh menjejaskan hak orang atau pihak lain, kerana keberadaan di tengah-tengah itu menjadi tuntutan Islam, ini bertujuan supaya segala kebaikan boleh dinikmati dan dikecapi oleh semua pihak yang terlibat dalam isu Patani tanpa menggangu hak orang lain.

Al-wasotiyyah yang juga boleh membawa maksud: Tanda kebaikan, kerana yang berada di tengah-tengah itulah satu tanda dan simbol kepada kelebihan dan keistimewaan dari yang beradi di tepi dan pinggiran, dan yang menjadi tempat pergantungan dan harapan oleh yang di pinggiran, maka Pulo mesti mejadi paksi yang sentiasa berada di tengah-tengah, yang boleh membawa segala kebaikan kepada semua yang terlibat, di kiri dan kanan, di depan dan belakangnya yang boleh menjadi orang tengah dan rujukan kepada segala penyelesaian.

Al-wasotiyyah yang juga boleh membawa maksud: Gambaran kedamaian, kerana keberadaan di tengah-tengah menjadi satu peraturan yang telah ditetapkan untuk boleh dirasakan aman, kerana ia dijaga oleh yang berada disekitarnya, Pulo akan berada dalam keadaan yang lebih lebih mudah dan cukup selesa berurusan dalam mencari penyelesaian di Patani sekiranya ia setiasa mendapat kerjasama dan dokongan semua yang terlibat, ia akan dijaga oleh semua pihak, semua akan terasa berperanan dan sentiasa dirinya berada di tengah-tengah, saling rasa merasai kedamain dan pembelaan dari yang lain.

Al-wasotiyyah yang juga boleh membawa maksud: Tanda kekuatan, kerana semua yang berada di tengah dapat melambangkan kekuatan dan kegagahan, lihat sahaja pada matahari panasnya sampai ke titik kemuncak apabila ia berada di tengah-tengah langait pada siang hari dan orang muda belia memiliki kegagahan yang puncak dan ia terletak antara kedua-dua kelemahan sebelum dan selepasnya zaman kanak-kanak dan zaman tuannya. Maka Pulo mesti menjadi kuat dan akan berada padi titik yang terkuat, kerana dengan itu sahaja penyelesaian yang adil, menyeluruh dan berkekalan dapat di realisasikan di bumi Patani Darussalam kelak, konsp al-Wasotiyyah akan memungkinkan itu semua terjadi dan terlaksana.

Al-wasotiyyah yang juga boleh membawa maksud: Paksi perpaduan dalam melaksanakan kerja kita, sebagaimana kita tahu, di Patani terdapat pelbagai gerakan pembebasan Patani dalam pelbagai nama, pertubuhan, gerakan, barisan…… ini semu bagi Pulo, sesuatu yang normal, ia terjadi di mana-mana di dunia ini, ia berlaku pada semua bangsa tidak terkecuali, yang penting macam mana titik persamaan yang ada pada semua gerakan iaitu keinginan melihat Patani menjadi bebas boleh di padukan dan boleh diketengahkan menjadi satu titik yang padu dan kuat, yang boleh membawa semua merasa yakin dan aman apabila ada kebersamaan, yang boleh di manfaatkan dan di nikmati secara bersama tiada yang dipinggirkan atau boleh meminggirkan diri, setiap gerakan mempunyai kebolehan dan kelebihan yang mungkin tiada pada yang lain. Maka Pulo mesti berperanan sebaik mungkin, dengn berkonsep, berstrategi dan berpendekatan al-Wasotiyyah, Pulo cukup yakin ia mampu membawa kebaikan untuk semua, kerana ia adalah datang dari tuhan sekelian alam, yang maha pemurah lagi maha penyayang yang memliki hari kesudahan.

Saudara-saudari, kawan-kawan dari semua gerakan pempebasan Patani sekelian!
Saya sebagai presiden Pulo mewakili semua ahlinya mengambil kesemptan kali ini untuk mengajak Pulo dan semua Gerakan Pembebasan Patani (GPP) menerima satu hakikat bahawa, kita mesti menerima hakikat hikmat di sebalik  kepelbagain cara dan pendekatan gerakan masing-masing. Wawasan, matlamat, halatuju, keinginan dan mimpi kita semua adalah sama, yang membezakan antara satu sama lain ialah nama, cara, pendekan dan orang yang berlainan.
Maka melalui pendekatan al-Wasotiyyah yang dianjurkan oleh Islam dan yang dihuraikan oleh Icon Islam zaman moden ini Dr, Yusof Qardhawiy, boleh mengajak kita duduk bersama dengan tidak perlu kita mengorbankan cara, pendekatan dan selera masing-masing, tidak perlu kita rubuh-runtuhkan rumah masing-masing yang sedia terbangun. Al-Wasotiyyah boleh menemukan kita melalui banyak titik persamaan yang sedia wujud, tinggal lagi kesungguhan dan keyakinan kita pada kekuatan al-Wasotiyyah yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Pulo merasa begitu yakin akan berlaku perubahan yang drastik pada landskap perjuangan pembebasan Patani selepas ini. Semua gerakan tidak perlu bimbang, al-Wasotiyyah bukan konsep Pulo pada asalnya, ia adalah kosep kita bersama sebagai umat Islam, semua gerakan tidak akan diPulokan tapi diajak untuk di IslamPatanikan itu saja.

Tuan-tuan dan puan-puan yang menjadi rakyat Patani, samada berkturunan Melayu, Siam, Cina atau lain-lain keturunan, samada orang perseorangn atau pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan!
Pulo menyeru kepda anda semua: cubalah menghayati mesej ini dengan teliti, kerana segala kebaikan akan dimanfaatkan oleh anda semua, kami berjuang untuk mengembalikan hak kepada anda semua, tapi satu perkara yang perlu diingatkan selalu: Penyelesaian masalah Patani hanya boleh berlaku sepenuhnya dan hanya berada di tangan semua Gerakan Pembebasan Patani (GPP) dan kerajaan Siam yang meliputi 3 institusi kuasa dominan di Thailand; politik, tentera dan institusi diraja. Maka peranan anda semua menggerakan suasana yang boleh membawa kepada Penyelesaian yang Adil, Menyeluruh dan berkekalan di bumi anda Patani.


 Pulo mengalu-ngalukan pendirian bijak dan langkah berani luar dari kebiasaan, yang sudah tentu berkonsepkan al-Wasotiyyah yang telah diambil oleh kerajaan Thailand dengan mengiktiraf Kedaulatan Palestin yang menjadi kunci kepada konflik antara Islam dan barat, Pulo mengharapkan ia muncul dari kebijaksanaan Perdana Menteri Yingluck Chinawatra dan kabinet barunya dalam memahami punca sebenar pergolakan di dunia ini. Semuga pendekatan ini juga akan diguna pakai dalam mencari penyelesaian di Patani dengan memberi pengiktirafan wujudnya GPP di Patani hasil dari penjajahannya yang berlarutan ratusan tahun itu.

Akhir sekali, Pulo ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan:  Selamat tahun Baru Cina kepada semua rakyat Patani yang berketurunan Cina, dengan ucapan : “Gong xi fa cai”.

Semuga dengan pendekatan al-Wasotiyyah ini, hasrat mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean 2015 ada mempunyai asasnya, walau bagaimanapun ia banyak bergantung kepada sejauh mana penyelesaian isu Patani boleh dicapai.

(Al-Wasotiyyah Kunci Penyelesaian Isu Patani)
Wassalamu Alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam  Sejahtera.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

KLick!  Multimedia... ViDEO


 

Archive

KENYATAAN BERKAITAN KAIN RENTANG/البيان عما يتعلق بلافتات - 23/04/2013
Kami dari PULO ingin menjelaskan maksud mesej yang tersirat dalam tulisan kain rentang lebih dari 100 helai yang dipasang di seluruh wilayah-wilayah Patani Darussalam pada 22 April 2013 yang berbunyi:..
 
PEMAKLUMAN UMUM/ประกาศนี้เพื่อให้ทราบ/الإعلام للجميع - 27/03/2013
Kami di atas nama Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO-MKP) yang dipimpin oleh saudara Kasturi Mahkota sebagai Presiden Gerakan ini, memaklumkan kepada umum bahawa:..
 
Statement/ Kenyataan/ แถลงการณ์ - 28/02/2013
The Patani United Liberation Organisation, which is a member group of the Patani Malay Liberation Movement, welcomes the decision by the Royal Thai Government to ask Malaysia to facilitate a peace dia..
 
TEKS PENUH UCAPAN PRESIDEN SEMPENA MEMPERINGATI PENUBUHAN PULO YANG KE45 - 21/01/2013
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته., الحمد لله نحمدُه ونستعينه ونستغفرُه، ونعوذ بالله م..
 
Thailand minta bantuan Malaysia /Thailand to ask Malaysia for Assist - 24/11/2012
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Thailand telah meminta bantuan Malaysia untuk menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara tersebut. Perdana Menteri memberitahu..
 
An Answer to General Prayuth who was quoted as saying 'To the rebels: Show your faces' in 'The Nation' dated on 18 October 2012, - 18/10/2012
Whereas the PULO and the PMLM are not hiding their faces from the Thai Government but are always willing to meet with them at any time...
 
Philippine Government and Moro Islamic Liberation Front reach historic framework agreement for peace - 08/10/2012
On behalf of the PULO and Patani people, we would like to convey our warm congratulations to the Philippine government and the MILF for achieving the historical framework agreement for peace...
 
Senarai Prinsip-Prinsip yang Menjadi Teras Kepada Tindakan Pulo & List of Core Principles of Pulo's engagement rules - 04/10/2012
Senarai Prinsip-Prinsip yang Menjadi Teras Kepada Tindakan Pulo dan Perjuangannya di lapangan dalam Mencari Penyelesaian yang Berkekalan di Patani; Ia Adalah Berdasarkan kepada Undang-undang Kemanusi..
 
Pengumuman/ แถลงการณ์/Statements - 29/09/2012
PULO dan kepimpinan tertingginya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pejuang-Pejuang Pembebasan Patani sekalian yang berani dan matang di dalam membuat tindakan keterbukaan dalam menterjemahkan pen..
 
แผนสมคบ 9/11 ใหม่ของฝ่าย'มั่นคง'ไทยนำโดยพล.ท.อุดมชัย - 15/09/2012
การที่แก๊งพล.ท. อุดมชัย-พล.อ.ประยุทธ-พล.อ. ยุทธศักดิ์ ภูมิใจประกาศถึงความส..
 
'Press Briefing Note On Dialogue Process/บรรยายสรุปเกี่ยวกับกระบวนการเจรจา' - 05/09/2012
To respond on a question of the 'Dialogue Process' asked by a prominent journalist, we are pleased to announce a public briefing as follows. ..
 
(( تهنئة وتبريك )) - 19/06/2012
تتقدم منظمة تحرير فطاني المتحدة (بولو) بخالص التهاني لصاحب السمو الملكي الأمير سلمان بن عبد العزيز وب..
 
[1] 2 3 4 
© 2006 - 2011 PULO. All rights reserved.